
|
Rumah Terbakar? :O
Saturday, 6 July 2013 @ 16:37:00 | 0 Love Bite [s]
Hi, olls. Jumpa lagi kita harini. Tengok title tu.
Apa? Rumah terbakar? :O
Siapa? Katmana? Kenapa boleh terbakar?
Lek lu. Aku akan ceritakan satu persatu.
Harini, Sabtu, 6 haribulan 7 bertempat di Skuses.
Bonda buat kelas tambahan geografi. Kat meeting room. Wuuu, sejukkk :p
Berbalik kepada cerita. Time tu kitorg rehat.
Bonda belanja makan roti canai. Hm, boleh tahanlah sedap dia.
Alhamdulillah, org dah belanjakan.
Lepas kitorg habis rehat, kitorg berpusu-pusu masuk meeting room balik
*sebenarnya takdelah ramai sgt yg dtg.
After that, kitorg kene tunggu bonda masuk pulak.
Tiba-tiba, *wah, suspennya bonda masuk dalam keadan penat.
Penat berlari letuwww. Then, bonda kata "ada rumah terbakarlah."
Aku takdengar apa yg bonda cakap. So, aku diam jelah.
Pastu, bonda carik handbag dia then keluar balik.
Aku pon tanyalah classmate aku, "apa yg bonda cakap tadi?"
Classmate aku balas, "ada rumah terbakar."
Time tu bonda takbagi kitorg keluar. So, duduk jelah dalam meeting room tu tunggu bonda.
Kat luar asap dah penuh. Dorg kata makmal terbakar.
Tapi, asap dtg dari arah kiri *dari meeting room.
Aku dah pelik. So, kitorg tunggu bonda sampai dia masuk.
When dia masuk, dia tanya "nak tengok ke?"
Kitorg dgn serentaknya *serentaklah sgt menjawab, "NAK!"
Ecehh, excited tau.
Pastu bila kitorg tengok, rupanya rumah acik yg selalu jual kat sebelah bus stop tu.
Jual apa? Jual makananlah.
Api time tu takmarak lagi. Biasa-2 je.
Pastu, aku tengok kat depan rumah acik tu ramai org. Semua pakat pegang fon call bomba.
*takdelah semua.
Tunggu punya tunggu, bomba still taksampai lagi.
Api time tu memang dah takboleh nak kata apa. Besar ya amat.
Aku tengok pon seram. Bumbung rumah acik tu, semua dah disambar api.
Seriously aku kata, kalau rumah aku jadi macam tu, aku dah nangis.
Tapi acik tu, dia memang nangis cuma dia taktunjuk sangat.
Punca kebakaran tidak dapat dikenal pasti lagi.
Maybe sebab litar pintas sebab kalau nak kata berpunca daripada dapur, taklogiklah.
Sebab terbakar kat tengah. Dapur kene sipi-2 je.
Agaknya, half an hour lepas tu kot baru bomba dtg.
Time tu aku tengok, rumah tu memang dah takboleh diselamatkan.
Tong gas kat rumah dia semua dah meletup.
Cable elektrik pon dah disambar api. Takut aku, hanya Allah sahaja yg tau.
Lepas bomba pertama dtg, ada 2 bomba dtg lagi.
Org kata, dari Sg. Buloh, Batu Arang dgn lagi satu tu tak ingatlah pulak. Rawang maybe.
Bomba pon jalankan tanggungjawab dorg. Alhamdulillah takde yg terkorban.
Tapi sumpah sedih. Anak dia yg aku kenal, form 4.
Esok dia masuk acara weyh. Dgn keadaan rumah macam tu.
Mana dorg nak tidur malam ni? Rumah dia tu pon baru siap.
Dorg kata tv 42 inci, 2 air-cond. Tapi, takpelah.
Yg penting nyawa dorg selamat.
Harta dunia boleh dicari tapi nyawa takde galang ganti.
Semua yg berlaku ada hikmahnya. Allah takkan menguji hamba-Nya mengikut kemampuan.
Allah kata jadi, maka jadilah ia. Berserah je kepada Allah.
Mudah-mudahan peristiwa hitam ni menjadi teladan kepada kita semua.
Dah banyak pulak aku membebel. Harap korg takbosan :p
Got to gooooo. Esok-2 jumpa lagi. Byee :*
![]()
xoxo,
|
The Disclaimer
Navigations! Let's Talk!
The Credits!
Template by : Farisyaa Awayy
Basecode by : Nurynn Full Edited : @Nxiezxtul_
|